

Sekarang anda juga boleh singgah di beberapa gerai di stesen bas Kodiang untuk menjamu selera. Pasembor di sini masih boleh tahan, mee bandungnya pun sedap, bihun supnya , aahh, puas hati. Satu lagi tarikan di Kodiang ialah Nat Sabtunya ( pekan sehari ). Tak rugi kalau anda datang ke Kodiang pada hari Sabtu untuk makan laksa dan apam balek. Cari cot apam balek. Cot telah berniaga apam balik sejak lebih 40 tahun lalu. Setakat ini saya belum pernah makan apam balek sesedap yang dibuat oleh Cot. Tak pasti nama sebenar Cot.
Ada yang datang dari Kampung Pandan KL untuk belajar buat apam balek dari Cot.
Dari Kodiang anda boleh meneruskan perjalanan ke Kangar, Perlis, Sanglang juga Perlis atau ke Batu Lapan, Changlon.
Jalan-jalan, dapat makan, tambah pengalaman.